Dalam salah satu artikel yang telah saya tulis, saya membincangkan tentang betapa pentingnya mempunyai trafik yang relevan.

Persoalan yang timbul ialah: bagaimana untuk mencari trafik yang relevan dan berminat dengan apa yang anda tawarkan? Terdapat pelbagai teknik yang ada di Internet dan kebanyakan mereka memberikan anda trafik yang tidak berkualiti, dan ada juga langsung tidak berbaloi.

Antaranya ialah pakej yang menawarkan 1 juta “hits” kepada laman web anda. Pakej tersebut memang tidak berbaloi kerana menggunakan bot komputer untuk melakukan apa yang dijanjikan.

Terdapat beberapa cara sebenarnya untuk mendapatkan trafik. Salah satu cara adalah dengan menggunakan forum.

Forum? Ya. Forum sebenarnya adalah senjata yang mampu membantu anda membina momentum untuk perniagaan online anda. Cuba anda lihat sendiri di forum Wanita Niaga. Anda dapat melihat pelbagai produk dijual di sana oleh pelbagai pihak.

Di forum Wangcyber juga anda dapat melihat bahagian WTS (Want to Sell) penuh dengan produk untuk dijual. Anda boleh mulakan langkah anda mencari trafik yang berkualiti di situ. Selalunya jika ada orang yang reply atau membalas post anda di thread tersebut, selalunya dia berminat dengan apa yang anda tawarkan. Berikan URL ke surat jualan anda kepadanya.

Surat jualan jika betul-betul hebat mungkin boleh menyebabkannya daripada berminat, menjadi pembeli. Itu merupakan rahsia yang ramai orang simpan selama ini. Saya mengenali seorang penulis iklan yang saya telah upah… menggunakan cara yang sama ke atas saya untuk mendapatkan saya sebagai klien dia.

Dan jika dia boleh, anda pun boleh. Saya sendiri pun akan menggunakan kaedah yang sama untuk mendapatkan jualan. (Sebenarnya, saya dah pun! :D )

Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari (peelawayaddesignsetup.com)